Invader Marketing: Book I

RM

Description

 

Ramai dalam kalangan usahawan ejen atau dropship mengambil remeh tentang teknik dan strategi pemasaran mereka. Kebanyakan usawahan hanya menunggu dan mengharapkan bahan marketing di berikan kepada mereka oleh HQ. Namun sedar ataupun tidak, usahawan sendiri perlu untuk merangka teknik dan strategi mereka sendiri.

Untuk program kali ni, Youmeden akan adakan Invader Marketing: Book Introduction untuk usahawan mengasah teknik sedia ada seterusnya memberi lebih manfaat kepada perniagaan mereka sendiri. Ini demi memastikan jenama anda lebih dipercayai dan digemari oleh lebih ramai pengguna. Selain itu, skil pembinaan website adalah antara skil yang mempunyai permintaan tinggi di era teknologi kini.

Membina Website Dengan WordPress

Platform WordPress

Aplikasi untuk membina website dengan mudah yang digunakan adalah WordPress. WordPress merupakan Sistem Pengurusan Kandungan ataupun Content Management System (CMS), digunakan untuk menghasilkan laman web atau blog yang cantik dan menarik. Dengan WordPress, anda bukan sahaja boleh membuat blog malah juga boleh mendapatkan laman web perniagaan secara percuma. Dalam kursus ini, anda akan diajar secara terperinci ; bagaimana menggunakan WordPress dalam pembinaan portal serta laman web perniagaan yang terbaik.

Search Engine Optimization (SEO)

SEO Untuk Google

Demi memastikan website baru mendapat sambutan yang luar biasa, Search Engine Optimisation (SEO) turut memainkan peranan yang sangat besar. Cara penulisan mengikut SEO, memastikan carian website anda tersenarai di first page Google. Barulah pembaca mudah menjumpai website anda. Tips dan teknik yang sangat bernilai ini akan dikongsi oleh Puan Suraya Ali (blogger Malaysia).

Membina Video Pantas

Rakam Dan Edit Video

Selain itu, Suraya Ali turut akan berkongsi pengalaman beliau dalam penghasilan Youtube Channel Luna Story. Penggunaan Mobile Apps yang memudahkan untuk video editing turut dilakukan sebagai bonus dalam kelas ini.

Tentatif Program

Tentatif
09.30 – 10.00 Pendaftaran
10.00 – 11.00 Ciri-ciri Ejen dan Dropship
11.00 – 13.00 Copywriting Memanggil
13.00 – 14.00 Rehat
14.00 – 15.00 Rehani Shop
15.00 – 16.00 Surviving Competition
16.00 Bersurai

Ruginya sebagai seorang usahawan tidak mempunyai kredibiliti di Google. Sertai Kelas WordPress Automation, Video dan SEO (WAVE) untuk kejayaan bisnes anda di dunia online.

 

Tags

Share With Friends

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Date And Time

Location




Organizer

Youmeden
+60184747729
support@youmeden.com