bagaimana-bina-website-sendiri

WordPress Automation, Video & sEO (WAVE)

RM

Description

WordPress Automation, Video dan SEO (WAVE) mengabungkan tiga skil mempromosikan perniagaan ke dunia global. Usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan ke seluruh negara mahupun keluar negara adalah amat digalakkan untuk mempunyai ketiga-tiga skil ini.

Website merupakan medium untuk berkongsi kepakaran yang terdapat dalam diri seseorang usahawan. Kali ni Youmeden akan adakan Kelas Bina Website Sendiri untuk usahawan menyampaikan kemahiran sedia ada seterusnya memberi lebih manfaat kepada orang ramai. Ini demi memastikan jenama anda lebih dipercayai dan digemari oleh lebih ramai pengguna. Selain itu, skil pembinaan website adalah antara skil yang mempunyai permintaan tinggi di era teknologi kini.

Membina Website Dengan WordPress

Platform WordPress

Aplikasi untuk membina website dengan mudah yang digunakan adalah WordPress. WordPress merupakan Sistem Pengurusan Kandungan ataupun Content Management System (CMS), digunakan untuk menghasilkan laman web atau blog yang cantik dan menarik. Dengan WordPress, anda bukan sahaja boleh membuat blog malah juga boleh mendapatkan laman web perniagaan secara percuma. Dalam kursus ini, anda akan diajar secara terperinci ; bagaimana menggunakan WordPress dalam pembinaan portal serta laman web perniagaan yang terbaik.

Search Engine Optimization (SEO)

SEO Untuk Google

Demi memastikan website baru mendapat sambutan yang luar biasa, Search Engine Optimisation (SEO) turut memainkan peranan yang sangat besar. Cara penulisan mengikut SEO, memastikan carian website anda tersenarai di first page Google. Barulah pembaca mudah menjumpai website anda. Tips dan teknik yang sangat bernilai ini akan dikongsi oleh Puan Suraya Ali (blogger Malaysia).

Membina Video Pantas

Rakam Dan Edit Video

Selain itu, Suraya Ali turut akan berkongsi pengalaman beliau dalam penghasilan Youtube Channel Luna Story. Penggunaan Mobile Apps yang memudahkan untuk video editing turut dilakukan sebagai bonus dalam kelas ini.

Tentatif Program

Hari Pertama
  Pengenalan Kepada Website Dan Blog
  Bagaimana untuk mendapatkan Domain dan Hosting
  Menggunakan Perisian Untuk Memudahkan Pembinaan Website
  Pemilihan Dekorasi Untuk Website Mengikut Warna Bisnes
  Menyediakan 3 Laman Terpenting Untuk Pembaca
  Memastikan Website Anda Google Friendly
Hari Kedua
  Pemilihan Keyword Yang Berkesan
  Penulisan Cara Google
  Menaikkan Ranking Untuk Lebih Dikenali
  Membina Channel Youtube
  Buat Video Untuk Menarik Lebih Subscriber
  Edit Video Menggunakan Aplikasi Smartphone

Ruginya sebagai seorang usahawan tidak mempunyai kredibiliti di Google. Sertai Kelas WordPress Automation, Video dan SEO (WAVE) untuk kejayaan bisnes anda di dunia online.

 

Tags

Share With Friends

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Date And Time

Location




Organizer

Youmeden
+60184747729
support@youmeden.com