Lesson 1 of 7
In Progress

Perbezaan antara WhatsApp Messenger dengan WhatsApp Business

Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan pelanggan merupakan sesuatu perkara yang penting di era ni. Dalam dunia teknologi, SMS yang makin di rasakan mahal telah diambil alih oleh aplikasi chat seperti WhatsApp. Dengan hanya perlukan telefon bimbit dan data internet, perhubungan menjadi lebih mudah dan hampir percuma. Ini menyebabkan lebih ramai menggunakan aplikasi sebegini untuk berhubung dengan orang sekeliling.

Bahkan, bukan sahaja kenalan, WhatsApp telah menjadi medium perhubungan untuk bercakap dengan pemilik perniagaan untuk mendapatkan maklumat produk dan servis. Ianya tidak berhenti di situ sahaja, pengguna lebih yakin dan mampu mempengaruhi mereka untuk membeli.

Seperti yang kita tahu, WhatsApp kini terbahagi kepada dua iaitu WhatsApp Messenger dan WhatsApp Business. Kedua-dua aplikasi ini mempunyai fungsi yang sama namun ada beberapa perbezaan yang ketara.

Di sini, saya akan rungkaikan perbezaan di antara WhatsApp Messenger dan WhatsApp Business. Pemilihan aplikasi yang betul adalah kritikal untuk mengoptimumkan penggunaanya.

Apa itu WhatsApp Messenger?

WhatsApp Messenger adalah perkhidmatan mesej perisian percuma dan platform terus dan suara.

Aplikasi ini membolehkan penghantaran mesej teks dan panggilan suara, serta panggilan video, imej dan media lain, dokumen, dan lokasi pengguna. Aplikasi berjalan dari telefon bimbit tetapi juga boleh diakses dari komputer. Perkhidmatan memerlukan pengguna untuk menyediakan nombor telefon. Pengguna hanya boleh berkomunikasi dengan orang lain secara individu atau kumpulan.

Apa itu WhatsApp Business?

WhatsApp Business adalah aplikasi percuma untuk dimuat turun yang tersedia pada Android serta iPhone, dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. WhatsApp Business memudahkan interaksi antara perniagaan dan pelanggan dengan menyediakan alatan untuk mengautomasi, mengisih dan membalas mesej dengan cepat. Aplikasi ini juga dibina untuk berfungsi sama seperti WhatsApp Messenger. Anda boleh menggunakannya untuk melakukan semua yang biasa anda lakukan, daripada menghantar mesej ke menghantar foto.

Beberapa ciri aplikasi yang kami sediakan pada masa ini termasuk:

  • Profil perniagaan untuk menyenaraikan maklumat penting seperti alamat, e-mel dan laman web sebuah perniagaan.
  • Statistik untuk melihat bilangan mesej yang telah berjaya dihantar, diterima dan dibaca.
  • Alatan pemesejan untuk membalas kepada pelanggan dengan cepat.

Anda boleh mengetahui cara memuat turun aplikasi daripada Gedung Google Play dan App Store.

WhatsApp Messenger WhatsApp Business
Sesuai untuk kegunaan persendirian untuk mesej secara perseorangan atau berkumpulan.
Sesuai untuk kegunaan pemilik perniagaan untuk mesej secara perseorangan atau berkumpulan. Mempunyai petunjuk "Chat Perniagaan"
Digunakan oleh pengguna individu iOS dan Android.
Digunakan oleh pengguna individu iOS dan Android.
Pendaftaran akaun menggunakan nombor telefon bimbit
Pendaftaran akaun menggunakan nombor telefon bimbit atau telefon tetap
Aplikasi percuma yang boleh menghantar pesanan teks, pesanan suara, multimedia dan lokasi
Aplikasi percuma yang boleh menghantar pesanan teks, pesanan suara, multimedia dan lokasi
Aplikasi boleh digunakan untuk panggilan suara dan video
Aplikasi boleh digunakan untuk panggilan suara dan video
Mempunyai fungsi broadcast kepada 256 orang
Mempunyai fungsi broadcast kepada 256 orang
Tidak mempunyai fungsi automasi
Mempunyai fungsi automasi seperti Greeting Message, Away Message dan Quick Reply
Senarai kenalan diambil dari buku telefon
Senarai kenalan diambil dari buku telefon dan boleh dilabelkan

Kedua-dua aplikasi WhatsApp ini adalah user-friendly yang boleh digunakan terus selepas muat turun.  Dimana ianya boleh digunakan secara serentak di dalam satu telefon bimbit menggunakan dua nombor yang berbeza. 

WhatsApp Business mempunyai semua fungsi yang terdapat di dalam WhatsApp Messenger menyebabkan inaya sesuai digunakan oleh mana-mana pemilik perniagaan.