Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian

KEMPEN KESEDARAN WASPADA PEMBELIAN UBAT DALAM TALIAN disuntik dengan elemen baru iaitu tagline #biarbetuliklanni!. Tagline ini dipilih bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian. Ia juga adalah seiring dengan usaha kami untuk meningkatkan kesedaran orang awam supaya senantiasa berwaspada dan tidak mudah percaya iklan-iklan ubat yang dilihat di Internet.

Jika tuan/puan meragui sesuatu iklan ubat di laman sosial, sila tinggalkan tanda pagar #biarbetuliklanni! pada ruangan komen posting yang dibuat oleh pihak pengiklan. Tagline tersebut secara tidak langsung akan memberi indikator bendera merah atau ‘Red flag’dan menimbulkan perasan curiga sekiranya ia ditinggalkan di ruangan komen dengan harapan supaya pengguna Internet lain lebih berwaspada dan tidak terus mempercayai iklan tersebut.

Bagi penjual ubat dalam talian pula, jadilah penjual yang bertanggungjawab. Sila patuhi undang-undang berkaitan penjualan dan pengiklanan ubat-ubatan di Malaysia.

RISIKO PEMBELIAN UBAT ONLINE DARI SUMBER TIDAK SAH :
Anda terdedah kepada:

  • Produk tidak berdaftar.
  • Produk dicampur dengan racun berjadual.
  • Produk tiruan.
  • Iklan produk dengan pelbagai testimoni meragukan.
  • Iklan ubat tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat.
  • Kesan sampingan ubat.
  • Maklumat tidak tepat kerana konsultasi daripada individu tidak bertauliah.
  • Produk dirampas di pintu masuk negara (pembelian ubat dari luar negara)
  • Penipuan/scam

TIPS PEMBELIAN UBAT ONLINE :

  • DAPATKAN nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan.
  • HANYA boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). Semak pendaftaran ubat di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh didapati dari Google Play.
  • JANGAN BELI ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).
  • ELAKKAN membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara
  • PASTIKAN iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU.
  • JANGAN terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis iklan terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain. Semak iklan yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan.
  • KENALPASTI premis fizikal penjual yang membuat penjualan dalam talian dan PASTIKAN ia berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

TIPS UNTUK MENGENAL PASTI TIADA KELULUSAN LEMBAGA IKLAN UBAT (LIU), KKM :

  • Iklan ubat berkaitan rawatan/pencegahan dan diagnosis terhadap 20 jenis penyakit. antaranya kencing manis, darah tinggi, jantung, kanser dan lain-lain.
  • Iklan melibatkan pil gugur (abortion).
  • Iklan melibatkan peningkatan fungsi jantung/buah pinggang.
  • Iklan melibatkan peningkatan fungsi & prestasi seksual (sama ada secara tersurat atau tersirat).
  • Memuatkan kenyataan superlatif seperti “MUJARAB’,’DIJAMIN BERKESAN’,’AJAIB’,TIADA KESAN SAMPINGAN’,’UNGGUL’ dan seumpamanya.
  • Pengendorsan daripada ahli profesional seperti penggunaan kot putih (white coat) dan stetoskop.
  • Produk dikelaskan sebagai KOSMETIK (mempunyai nombor notifikasi; contohnya NOT12345678K) membuat iklan melampui skop takrifan kosmetik (contoh : spray untuk sakit sendi, produk titis mata, minyak angin untuk sakit lutut).
  • Iklan ubat yang memberi jaminan kebersanan dalam tempoh yang tidak munasabah.
  • Iklan ubat kurus yang tidak menyarankan keperluan diet yang seimbang dan senaman yang berterusan.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.