Di era 2020, ramai dalam kalangan usahawan sudahpun mempunyai website dan berada di carian web Google. Ini kerana website merupakan komponen penting untuk pelanggan kenal dan dapat membeli terus di laman web kita sendiri.
Namun begitu, upah website memakan kos RM2000 ke RM4000 bagi 5 muka surat, desain dan content yang kita sediakan. Ianya harga yang dibayar bagi masa dan kepakaran pembangun laman web (developer) bertahun tahun.
Di dalam kelas WAVE, Tuan Puan akan belajar buat website sendiri bermula dari pembelian domain sehingga ke penulisan SEO dan juga penyediaan video YouTube.Â